
Piala Dunia 2022 bermula sehari awal
“Piala Dunia FIFA 2022™ akan dimulakan dengan sambutan yang lebih hebat untuk peminat tempatan dan antarabangsa susulan negara tuan rumah Qatar dijadual menentang Ecuador pada Ahad, 20 November jam 19:00,” menurut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Perlawanan dan upacara pembukaan temasya tahun ini di Stadium Al Bayt akan dianjak sehari lebih awal berikutan keputusan sebulat suara oleh Biro Majlis FIFA hari ini.
“Oleh itu, pertemuan antara Senegal dan Belanda telah dijadualkan semula pada Isnin, 21 Nov dari 13:00 hingga 19:00,” menurut kenyataan itu.
Perlawanan bola sepak antarabangsa edisi ke-22 merupakan Piala Dunia musim sejuk yang pertama, dijadual berlangsung dari 20 Nov hingga 18 Dis.
Sebanyak 32 pasukan diundi dalam lapan kumpulan akan beraksi dalam kejohanan itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASYARAKAT BERBILANG KAUM SERONOK, BANGGA JADI ANAK MELAKA
AYER KEROH 5 April - Luar biasa, penuh kemeriahan hari raya. Itu antara reaksi pengunjung berbilang kaum yang hadir ke...
AYDA JEBAT LEPAS RINDU DAPAT MENYANYI DI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mengakui teruja dan seronok apabila dapat membuat persembahan di...
GERAI JAGUNG MANIS JADI TUMPUAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN RIM
RIM 5 April - Jagung manis rebus menjadi menu pilihan dalam tetamu yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan...
3 TAN JAMBU MELAKA UNTUK PENGUNJUNG SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2025
AYER KEROH 5 April - Sebanyak tiga tan jambu lohan yang merupakan produk ikonik Negeri Melaka dijamu kepada tetamu Majlis...
SEDONDON BERBAJU RAYA KE SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Kemeriahan Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa...
PELANCONGAN MELAKA JANA PENDAPATAN RM12.68 BILION
AYER KEROH 5 April - Penganjuran Tahun Melawat Melaka tahun lalu menyaksikan sektor pelancongan negeri ini terus meroket apabila mencatat...