
PH tolak darurat- Adly
BUKIT KATIL 6 Okt. – Pakatan Harapan (PH) Melaka tidak setuju sekiranya darurat dilaksanakan di negeri ini berikutan akan memberi persepsi negatif kepada Melaka terutama di saat situasi negeri sedang pulih dari aspek ekonomi dan kesihatan, kata Pengerusinya, Adly Zahari.
Beliau berkata fokus PH adalah memperkasa ekonomi terutama selepas Melaka beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara.
Jelasnya, percanggahan politik yang berlaku akan mengheret persepsi rakyat terhadap kerajaan yang membawa mandat rakyat.
Beliau juga berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.
“PRN bukan suatu keutamaan. Keutamaan adalah kepada rakyat itu sendiri…kita akan sepakat atas nama PH bagi memastikan kestabilan politik wujud dan keselamatan rakyat diberi keutamaan.
“Kita lihat sektor ekonomi baru saja dibuka terutama Melaka yang turut membuka pintu pelancongan dan ini akan memberi kesan buruk kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...