Sorting by

×

PH kekal di Hang Tuah Jaya

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

HANG TUAH JAYA 20 November – Calon Pakatan Harapan (PH) Adam Ali Abd Halim sah peroleh kemenangan di Parlimen Hang Tuah Jaya.

Selepas tamat kiraan undi, Adam Adli memperoleh 39,418 undi, sekali gus menang dengan majoriti 8,638 undia

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Md Azhan Samat pada jam 12.26 malam tadi.

“Sebanyak 737 undian yang ditolak dengan peratusan yang keluar mengundi di Parlimen Hang Tuah Jaya sebanyak 80.67 peratus,” katanya ketika mengumumkan kemenangan Adam Adli di Dewan Bestari, di sini.

Pengumuman itu menyaksikan PH kekal sebagai penyandang kerusi parlimen berkenaan yang dahulu disandang oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR).

Adam Adli menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang sekadar berpuas hati dengan 30,780 undi.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Aizrudin Md Idris tewas dengan 23,549 undian.

Manakala calon Pejuang hilang wang pertaruhan apabila sekadar meraih 739 undian.

Untuk rekod, Parlimen Hang Tuah Jaya mempunyai 118,493 pengundi berdaftar membabitkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ayer Keroh, Ayer Molek, Pengkalan Batu dan Bukit Katil.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, sebanyak 29 pusat pengundi dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2663
Kongsi :
Previous post Zuraida tumpas, tiga menteri kabinet pertahan kerusi
Next post Gelombang anak muda, kempen dalam talian bantu kejayaan PN Tangga Batu
Ubah saiz-+=