
PGA9 rampas barangan runcit, kosmetik, tembakau seludup bernilai RM500,000
KOTA BHARU 1 Nov – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas pelbagai jenis barangan runcit, kosmetik dan tembakau bernilai RM440,950 yang ditinggalkan di dalam sebuah lori dalam kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Rahmat, Rantau Panjang, semalam.
Pegawai Pemerintah PGA9 Supt Nor Azizan Yusof berkata rampasan dilakukan pada kira-kira 6.30 pagi selepas sepasukan anggotanya yang sedang membuat rondaan melihat lori berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan.
“Setelah menunggu selama 30 minit, anggota operasi membuat pemeriksaan ke atas lori tersebut dan menemukan pelbagai jenis barangan runcit bernilai RM52,950, kosmetik RM191,000 dan tembakau RM197,000.
“Kesemua barangan rampasan disyaki diseludup masuk dari Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nor Azizan berkata barangan rampasan termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM541,390 dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Taman Bakti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967, Seksyen 7(1)(E) Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...