Petronas santuni golongan B40 menerusi program CSR

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 13 Mei – Petronas Wilayah Selatan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dalam usaha menyantuni mereka yang memerlukan khususnya golongan B40 menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Sazli Zakaria berkata, dalam menjayakan program CSR membabitkan masyarakat setempat pastinya kerjasama daripada kerajaan negeri termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diperlukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

“Apabila adanya kerjasama ini kita dapat jayakan sesuatu program itu dengan baik malah data yang diperoleh untuk menyampaikan sumbangan juga tepat.

“Saya amat berterima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh barisan EXCO di Melaka dalam membantu Petronas dan selepas ini kami mengatur lebih banyak program memberi manfaat kepada golongan memerlukan,” katanya.

SAZLI Zakaria

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hari Raya PETRONAS Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

Menurutnya, pada Ramadan dan sempena sambutan Aidilfitri pihaknya menganjurkan program CSR Sentuhan Kasih Aidilfitri di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Sasaran kita tetap sama iaitu menyantuni dan membantu golongan B40. Antara sumbangan yang dihulurkan adalah bekalan barangan makanan asas dan juga kit kelengkapan kebersihan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1512
Kongsi :
Previous post Polis tahan remaja lari dari pemeriksaan jalan raya, langgar anggota
Next post Lima rentung: Pemandu treler miliki sembilan rekod kesalahan JPJ
Ubah saiz-+=