Sorting by

×

Petronas hulur sumbangan sempena Krismas di tiga negeri

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

JOHOR BAHRU 23 Disember – Yayasan Petronas bersama Petronas Wilayah Selatan mengagihkan sebanyak 600 kit makanan beserta hamper perayaan kepada keluarga B40, kurang upaya dan warga emas di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sempena Program Sentuhan Kasih Krismas 2022.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Mohd Zaki Datuk Mahat berkata kit makanan tersebut mengandungi bantuan bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula serta bahan makanan perayaan seperti spageti dan sos yang diagihkan kepada penerima-penerima yang terpilih di tiga negeri terbabit bermula 16 hingga 22 Disember.

Katanya, hamper perayaan beserta biskut bertemakan sambutan Krismas turut diberikan bagi menceriakan lagi sambutan perayaan Krismas pada tahun ini.

“Sumbangan ini merupakan usaha berterusan kami dalam membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

“Semoga sambutan Krismas para penerima tahun ini akan lebih ceria dan bermakna dengan bantuan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

WhatsApp Image 2022-12-23 at 4.37.46 PM
M. Roselline, 63, (kanan) penerima dari Port Dickson, bersama-sama dengan barangan sumbangan yang diterima yang disampaikan oleh Mohd Zaki (tengah) pada Program Sentuhan Kasih Krismas 2022.

Dalam pada itu, seorang penerima, M Roselline, 63, yang bekerja sebagai tukang cuci rumah berkata dengan masalah sakit belakang dan kencing manis dihadapinya kini menyukarkan untuknya keluar mencari persiapan perayaan.

“Terima kasih Petronas, saya amat bersyukur atas sumbangan yang diberikan.

” Dengan masalah sakit belakang saya ni, agak sukar untuk keluar dan mencari persiapan perayaan, justeru bantuan makanan ini amat saya hargai.’ ujarnya yang kini tinggal seorang diri di rumah pusaka milik mendiang bapanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1507
Kongsi :
Previous post 20 peratus kenderaan di Melaka gagal lepasi piawaian Puspakom
Next post Shamsul Iskandar dilantik Setiausaha Politik Kanan PM Anwar
Ubah saiz-+=