Pesta Kopi Melaka himpun peminat kopi tegar

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Feb – Pesta Kopi Melaka selama dua hari bermula semalam mempromosi lebih 60 pengusaha kopi dari seluruh Malaysia.

Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata daripada jumlah itu sebanyak 20 tapak diberikan untuk menjual pelbagai barangan dalam Pesta Kopi Melaka itu.

Katanya, program itu akan menarik pengunjung yang terdiri daripada peminat kopi selain dapat merancakkan lagi industri pelancongan Melaka.

“Pesta Kopi Melaka yang diadakan pada hari ini dan esok dilihat mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pengunjung dan peminat kopi.

“Pengusaha kopi yang buka ‘booth’ hari ini difahamkan dari pelbagai negeri termasuk dari Terengganu, Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur.

Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis melawat gerai jualan kopi sempena Pesta Kopi Melaka di The Shore Shopping Gallery, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Program ini sedikit sebanyak menjadi nilai tambah pada industri pelancongan negeri selain dengan menjadikan The Shore sebagai lokasi, menghidupkan kembali The Shore sebagai tempat tumpuan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Pesta Kopi Melaka, The Shore Shopping Gallery, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Saari Basiron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1625
Kongsi :
Previous post Kes COVID-19 meningkat lebih 9,000 hari ini
Next post Pelancongan Melaka baru nak naik, tolong patuh SOP – EXCO
Ubah saiz-+=