Sorting by

×

PESTA DEEPAVALI DI PADANG NYIRU MERIAH

Masa Membaca:50 Saat

BANDA HILIR 27 Oktober – Pesta Deepavali berlangsung meriah apabila dikunjungi orang ramai seawal jam 7 petang.

Bertempat di Padang Nyiru, majlis diceriakan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian selain rata-rata yang hadir memakai pakaian tradisional seperti sari, lehenga dan kurta.

Selain kaum India, sambutan pesta berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai masyarakat berbilang kaum seperti Melayu dan Cina.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang disambut
Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam selaku tuan rumah.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Kemunculan penyanyi Zubir Khan yang popular dengan lagu Yennode Macha menggamatkan lagi suasana sambutan.

Meskipun terpaksa beratur panjang, pengunjung tidak melepaskan peluang menjamah hidangan yang sediakan antaranya capati, apom, putu mayam dan vadei.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

151
Kongsi :
Previous post LAWATAN KERJA DELEGASI CHINA KE MELAKA
Next post PENIAGA LITTLE INDIA ANTARA PENYUMBANG PERKEMBANGAN EKONOMI MELAKA
Ubah saiz-+=