Sorting by

×

PESTA DEEPAVALI 2024 PALING MERIAH

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDA HILIR 28 Oktober – Lebih 5,000 pengunjung membanjiri perkarangan Padang Nyiru, di sini, bagi meraikan sambutan Pesta Deepavali 2024 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung malam tadi.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, jumlah kehadiran pengunjung adalah diluar jangkaan dan melepasi sasaran awal iaitu 2,000 orang sahaja.

“Suasana sambutan semestinya meriah apabila kita menerima lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum dan boleh katakan penganjuran kali ini paling ramai.

“Selain penampilan artis jemputan dan tawaran hadiah menarik cabutan bertuah, saya percaya sambutan pertama kali diadakan bersempena pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.

“Meskipun melebihi jam 11 malam, pengunjung masih ramai, mereka tidak berganjak dan menunggu hingga persembahan berakhir,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MIC negeri berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pesta Deepavali 2024 Peringkat Negeri Melaka, yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Padang Nyiru, malam tadi.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad;
Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin bersama barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Menurut Shanmugam, kejayaan sambutan Pesta Deepavali itu juga adalah hasil keprihatinan Kerajaan Negeri yang sentiasa cakna terhadap keperluan masyarakat India di Melaka.

“Mewakili kaum India seluruh Melaka saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutamanya Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana sudi menghulurkan sumbangan RM200,000 kepada 1,000 orang penerima.

“Pentadbiran beliau amat cakna dan mengambil peduli kehendak serta keperluan masyarakat India,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

221
Kongsi :
Previous post PERHALUSI PERUNTUKAN UNTUK MELAKA
Next post 8 BIDANG, RENCANA STRATEGIK PEMBANGUNAN MELAKA
Ubah saiz-+=