Sorting by

×

Pesona kraftangan piuter

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DURIAN TUNGGAL 29 Disember – Diberi kepercayaan menyiapkan tempahan cenderamata untuk dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mendorong Mohamad Azrai Hussin, 41, untuk terus aktif menghasilkan kraftangan piuter.

Anak jati Melaka ini berkata, tempahan mencecah puluhan ribu ringgit itu dianggap sebagai kejayaan paling membanggakan dan kenangan seumur hidup kerana rekaannya terpilih.

Katanya, tanda kenangan iaitu istana dengan 99 tiang berasaskan piuter itu adalah hadiah daripada Kerajaan Negeri kepada Sultan Mizan yang ketika itu Yang di-Pertuan Agong Ke-13, mencemar duli melawat Melaka.

“Itu juga antara kenangan manis buat saya selama hampir 17 tahun dalam bidang kraftangan piuter ini selepas mula beroperasi pada 2006.

“Hampir 80 peratus tempahan adalah pelanggan sekitar Melaka, selebihnya dari Johor, Selangor dan Putrajaya,” katanya ketika ditemui di kedainya di De Legend Craft Enterprise, di sini, baru-baru ini.

Mohamad Azrai berkata, jika diberikan peluang dia mahu memasarkan produk kraftangan itu sehingga ke luar negara seperti di Indonesia dan Singapura.

“Buat masa ini kami fokus dalam Malaysia sahaja, sebenarnya untuk hasilkan kraf tangan piuter ini memerlukan individu berkemahiran. Namun jika tempahan meningkat saya akan panggil pekerja sambilan untuk membantu.

“Setakat ini saya dibantu tiga pekerja yang terlatih dan pernah mengikuti kursus untuk menghasilkan kraftangan puiter,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

979
Kongsi :
Previous post Tumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung mulai Sabtu
Next post 50 peserta Ijtimak Murabbi terima sijil tauliah
Ubah saiz-+=