
Peserta perhimpunan ingkar arahan polis, mahkamah
KUALA LUMPUR 22 Jan – Meskipun tidak dibenarkan pihak polis peserta himpunan aman Tangkap Azam Baki, berkumpul di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, pada jam 11 pagi.
Menerusi rakaman video berdurasi 21 saat yang tular perhimpunan itu disertai sekitar 150 hingga 200 peserta memakai baju warna gelap, membawa bersama kain rentang dan sepanduk.

Difahamkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan ke lokasi meskipun setakat ini belum ada sebarang kekecohan yang dilaporkan.
Sebelum ini Mahkamah Majistret, mengeluarkan larangan demonstrasi selama tujuh hari di Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek.
Berikutan perhimpunan itu 25 stesen LRT, Transit Aliran Massa (MRT), Monorel dan KTM ditutup bermula jam 7 pagi tadi.
Polis turut menutup dan membuat lencongan di beberapa jalan seperti Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers, Jalan Rakyat dan Jalan Maarof.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
