
Pesawat Sriwijaya Air hilang kontak sebaik berlepas
JAKARTA 9 Jan – Sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang kontak selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat komersial itu berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat, dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).
“Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 waktu Indonesia Timur, sebelum hilang,” kata jurucakap berkenaan menerusi pesanan ringkas WhatsApps.
Belum diketahui maklumat lengkap berhubung jumlah penumpang dan kru pesawat berkenaan.
Menurut media tempatan, yang memetik penduduk tempatan, mendakwa melihat sebuah pesawat terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta. – BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...