
Pesakit strok terima sumbangan
Masa Membaca:22 Saat
JAWATANKUASA Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit strok di Kampung Durian Daun.
Pesakit tersebut, Sharifah Mohd Noor juga merupakan salah seorang petugas barisan hadapan atau frontliner semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas.
Setiausaha Japerun Lendu, Abdul Kadir Jailani Aseli menyampaikan sendiri sumbangan tersebut yang mana beliau mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merangkap Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.
Views:
297