
Pesakit COVID-19 berusia 106 tahun di Jilin, China sembuh
CHANGCHUN (China), 2 Mei – Seorang pesakit COVID-19 berusia 106-tahun sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital di Changchun, ibu negeri wilayah timur laut Jilin di China pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.
Pesakit itu dengan nama keluarga Li merupakan yang tertua untuk sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital sejak wabak terbaharu tercetus di Jilin, lapor agensi berita Xinhua.
Wanita itu disahkan mengalami COVID-19 dan dimasukkan ke First Bethune Hospital di bawah kelolaan Universiti Jilin pada 14 April. Selepas menjalani pemeriksaan menyeluruh beliau didapati turut mengalami masalah kesihatan lain, termasuk radang otak.
Sejak 13 April lepas, hospital itu telah membuka satu ruang rawatan yang mengkhusus dalam merawat golongan istimewa, warga emas dan mereka yang tidak mampu menjaga diri.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...