Pesaka relakan pemergian Al Jufferi, sedia cari pelapis baharu

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

AYER KEROH 1 Ogos – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) berpendirian dan mengambil keputusan merelakan permintaan jaguh silat Negara, Mohd Al Jufferi Jamari bersara daripada pentas arena itu.

Presidennya Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya akur dengan keputusan berkenaan dan bakal merencana perancangan lain bersama juara dunia empat kali itu sedikit masa lagi.

“Secara peribadi memang merelakan setelah saya ingin melihatkan beliau (berjaya),kita tahu satu episod yang cukup menyayat hati berlaku di Hanoi apabila beliau tidak dapat meneruskan pertandingan sehingga ke final sedangkan dia berlawan ketika itu untuk anaknya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

“Saya katakan pada dia ketika itu, saya akan sediakan pentas bertaraf lima bintang dan saya sudah kotakan janji saya, whatever it takes saya akan sediakan pentas yang paling baik, kerja kamu ialah untuk dapatkan pingat, saya akan sediakan kerana menyediakan lebih sukar daripada untuk menang.

“Alhamdulillah, saya dapat sediakan satu pentas disaksikan ribuan penyokong dalam dan luar MITC ini dan disaksikan secara langsung dalam media sosial dan televisyen menjadikan beliau dapat capai kemenangan ini

“Saya lepaskan dan mungkin ada perancangan lain yang akan saya susun untuk Al Jufferi selepas ini, bukan sebagai atlet tapi dalam bentuk yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.

Dalam pada itu, PESAKA akan memastikan terdapat pelapis-pelapis muda yang akan dibentuk bagi mewarisi sukan itu.

Katanya, perancangan awal akan bermula menerusi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Kejuaraan Silat Kebangsaan yang akan berlangsung tahun ini.

“Kita ada Sukma, dan acara ini memang ‘kilang’ untiuk mencari pelapis baru seperti Aizat, Adib, Izzul mereka semua muda dan kita tiada masalah untuk pelapis.

“Hanya tinggal lagi kita akan buat Kejuaraan Silat Kebangsaan pada tahun ini juga selepas Sukma nanti untuk memilih bakat bakat baharu.

“Ia dilakukan sebelum kita namakan mereka yang akan mewakili negara pada Sukan Sea dan Kejuaraan Silat Dunia edisi seterusnya.

“Saya percaya selepas ini kita akan datang dengan pasukan yang baharu dan sebahagiannya masih muda dan kalau layak mereka akan masuk dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

987
Kongsi :
Previous post Kesepakatan ahli rahsia tiga kali johan nazam
Next post Tiga sekawan maut dirempuh kereta
Ubah saiz-+=