Sorting by

×

Perzim, UTM berkolaborasi pulihara bangunan sejarah Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

BANDA HILIR 7 Oktober – Kolaborasi strategik antara Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membantu dalam memuliharan peninggalan bangunan sejarah di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Akramuddin Ab Aziz berkata, menerusi kolobarasi itu juga beberapa kerjasama lain turut dipersetujui termasuklah Pemetaan 3D dan fotogrametri, menangkap pengeluaran semula artifak serta struktur sejarah dan tapak yang sangat tepat.

Beliau berkata, justeru itu pihaknya turut meminta UTM khususnya dari Fakulti Alam Bina dan Ukur untuk mengadakan lukisan terukur keatas bangunan-bangunan sejarah di Melaka terutamanya di sekitar Banda Hilir.

“Kita minta dari UTM untuk mengadakan dua atau tiga pasukan untuk mengadakan lukisan terukur kepada bangunan sejarah di Melaka agar dokumen ini kita dapat simpan dan menjadi rujukan dari semasa ke semasa serta dipamerkan kepada generasi akan datang.

“Saya minta kepada fakulti ini untuk fokuskan kepada kompleks sejarah dahulu kerana di sini kita ada banyak bangunan tinggalan Belanda yang harus kita kekalkan keaslian kerana ada bangunan lama tiada lukisan terukur. Dengan adanya lukisan terukur apabila berlaku sesuatu ia boleh dijadikan rujukan untuk dibangunkan semula” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Kolaborasi Strategik Antara Perzim Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang disempurnakan Pengurus Besar Perzim Dr Mohd Nasruddin Rahman dan Pengarah Program Seni Bina, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia Profesor Madya Dr Alice Sabrina Ismail, hari ini.

Akramuddin berkata, kolaborasi itu bukan sahaja terikat untuk menjalankan lukisan terukur tetapi membabitkan pertukaran ilmu yang ada di pihak UTM untuk dikongsi kepada Perzim.

“Dengan ilmu-ilmu yang ada di pihak UTM ia boleh dikongsi kepada Perzim untuk kita melakukan penambahbaikan malah sekiranya ada pelajarnya yang ingin menjalani latihan praktikal di Perzim juga kita sedia menerima.

“Diharap dengan pelaksanaan kolaborasi ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung dan masyarkat seterusnya menjadikan Perzim sebagai sebuah institusi pemuziuman yang berdaya saing, maju serta setaraf dengan muzium luar negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2612
Kongsi :
Previous post Aktiviti ekonomi baharu rancakkan Pekan Durian Tunggal – Adun
Next post Mangsa bencana Tanjung Bidara dapat perhatian MAIWP
Ubah saiz-+=