Sorting by

×

Perzim, UPSI bukukan dialek Melaka dan Negeri Sembilan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 4 November – Dialek masyarakat di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan bakal dibukukan hasil kerjasama antara Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Akramuddin Ab Aziz berkata, kerjasama itu amat penting dalam usaha berterusan kedua-dua pihak untuk memulihara warisan yang mungkin hilang jika tidak lagi dituturkan.

“Apabila sudah dibukukan, kelak bahan ilmiah ini akan menjadi rujukan dan tatapan utama bagi generasi akan datang, jika bukan mereka siapa lagi yang akan menuturkan dialek sangat unik ini.

” Selain itu Perzim dan UPSI juga akan menjalinkan hubungan dua hala yang akan membabitkan pemindahan pengetahuan, kepakaran serta kemahiran,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Niat Untuk Kerjasama Antara Perzim dan UPSI, di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Pengurus Besar Perzim Drs Mohd Nasruddin Rahman dan Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI Prof Madya Dr Mazura Mastura Muhammad.

Akramuddin berkata, kerjasama itu juga nanti akan melibatkan penawaran latihan dan penyelidikan bagi tujuan perkongsian ilmu, kepakaran dalam bidang berkaitan bahasa, linguistik, komunikasi, kesusasteraan serta seni.

“Perzim turut menawarkan latihan industri kepada pelajar dan pensyarah. Kolaborasi ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, pengunjung dan masyarakat, sekali gus menjadikan Perzim sebagai sebuah institusi pemuziuman yang berdaya saing, maju serta setaraf dengan muzium luar negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2113
Kongsi :
Previous post Tragedi selepas solat Jumaat
Next post Luluh hati ibu anak bongsu ditemukan lemas
Ubah saiz-+=