
PERZIM ketengah seni warisan tanjak, destar dan tengkolok
AYER KEROH 20 Jan – Program bual bicara Dengauler Ceritaku @ Muzium Melaka akan dianjurkan pada 27 Jan ini bertujuan untuk mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu.
Penolong Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Fairus Mamat berkata, menerusi program itu pihaknya mahu berkongsi maklumat dan keunikan tanjak, destar serta tengkolok.
“Sebenarnya ini program sulung atau pembuka tirai PERZIM untuk tahun 2022, kita nak perkenalkan apa itu tanjak dan tengkolok agar tidak ditelan zaman.
“Pada program ini kita akan bercerita mengenai tanjak, cara pembuatan, berapa lama nak siapkan, jenis tanjak yang ada dan apa uniknya tanjak ini,” katanya ketika dihubungi MHI di sini, hari ini.
Jelasnya, program itu diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan siaran langsung di Facebook rasmi PERZIM.
“Bagi yang berminat untuk menyertai program ini secara bersemuka perlu mengisi borang di bit.ly/PenyertaanTanjak. Penyertaan adalah terhad.
“Kita juga menerima beberapa permohonan daripada perseorangan yang meminati program ini selain beberapa agensi seperti Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...