Sorting by

×

Perzim jadi pusat sejarah dunia

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDA HILIR 7 Julai – Artifak dan dokumen bersejarah terkini mampu menjadikan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sebuah organisasi malar segar selain mengangkat martabatnya sebagai pusat rujukan sejarah setanding negara luar.

Timbalan Exco Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, Perzim kini giat mengumpul artifak dan dokumen berkaitan sejarah Negeri Melaka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya, kerjasama itu adalah landasan kukuh untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah, budaya dan warisan Negeri Melaka.

“Saya yakin insiatif ini juga dapat membantu Kerajaan Negeri menghasilkan produk baharu pelancongan baharu membabitkan nilai sejarah dan warisan Negeri Melaka.

“Perkara ini bermula dari abad keunggulan Negeri Melaka sebagai sebuah kerajaan sehingga zaman kita pada ketika ini, hari ini,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoU, Perjanjian Kontrak dan Surat Laporan Minat (LOI) di Muzium Rakyat di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Akramuddin Ab Aziz; Pengurus Besar Perzim, Drs. Mohd Nasruddin Rahman.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin; Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Ir. Ts. Dr Ruzairi Abdul Halim serta Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Inovasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Rosli Md Illias.

Majlis berkenaan menyaksikan kerjasama antara Perzim bersama IPTA seperti UTM, UTeM dan UTHM.

Zaidi berkata, selain mengumpul artifak sejarah Melaka, ia juga membantu Kerajaan Negeri memperkemaskan gerak kerja persiapan bagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Penglibatan lebih banyak IPTA mampu mempercepatkan proses dokumentasi artifak sejarah di negeri ini, saya yakin dengan peluang yang ada ini kita dapat menyediakan produk baharu pelancongan Melaka pada TMM2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1706
Kongsi :

One thought on “Perzim jadi pusat sejarah dunia

Comments are closed.

Previous post Melaka mohon lebih 20 projek infrastruktur untuk keselesaan rakyat
Next post APM Melaka uji ketahanan fizikal pada pertandingan CDLC
Ubah saiz-+=