
Perutusan khas PM sempena tahun baharu 9 malam ini
KUALA LUMPUR, 31 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas sempena Tahun Baharu 2022 pada 9 malam ini.
Menerusi poster yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini, perutusan khas itu akan disiarkan melalui saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani, TV3 dan TV Al Hijrah.
Selain itu, perutusan khas berkenaan juga boleh diikuti menerusi Facebook Live perdana menteri.
Ismail Sabri semalam dilaporkan berkata sambutan Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan akan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.
Perdana Menteri berkata beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan solat hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022, di Masjid Putra, Putrajaya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KEEMPAT BUKA TIRAI SECARA RASMI
SERI NEGERI 25 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas Tahun 2025 di Seri...
TAPAK RV BAHARU DI BANDA HILIR
RIM 25 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang dalam perancangan untuk...
CABUTAN BERTUAH TMM2024 TUNAI IMPIAN PEMAIN SEPAK TAKRAW PANDU KERETA ELEKTRIK
AYER KEROH 24 April - "Tergamam dan kelu sebaik melihat kenderaan elektrik (EV) diidamkan selama ini ada di depan mata....
1,141 JEMAAH MELAKA TUNAI HAJI TAHUN INI, PALING MUDA 16 TAHUN
PENGKALAN BATU 24 April - Seramai 1,141 jemaah Melaka menerima tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Exco...
PERBADANAN KETUA MENTERI RAIKAN RAKAN STRATEGIK PADA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
AYER KEROH 24 April - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) meraikan rakan strategik termasuk jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berkaitan,...
RAYA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH MACAM DULU-DULU
PENGKALAN BATU 24 April - Bagai mengembalikan nostalgia raya dulu-dulu, itu suasana kemeriahan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama...