Peruntukan RM700,000 pasang lampu warna-warni – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 4 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan RM700,000 bagi kerja-kerja pemasangan lampu bewarna-warni di sepanjang jalan kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Datuk Bandarnya, Datuk Shadan Othman berkata pemasangan lampu berkenaan bagi menceriakan kawasan MBMB sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Katanya, pihaknya telah melakukan kerja-kerja mengindahkan kawasan MBMB sejak dua hari lalu dan pemasangan lampu berwarna-warni ini dijangka selesai sebelum Aidilfitri.

“InsyaAllah sebelum Aidilfitri ini pemasangan lampu bewarna-warni akan selesai dan pengunjung akan melihat pencahayaannya bermula dari Bukit Beruang sehingga Banda Hilir.

“Sekarang memang kita sedang pergiatkan pemasangan lampu ini untuk menyambut Aidilfitri, tetapi ia juga untuk menceriakan bandar raya Melaka (bagi) menyambut Tahun Melawat Melaka 2024.

“Sekarang sudah bulan April, kalau tak buat dari sekarang, nanti menjelang 2024 bandar Melaka akan jadi suram, lampu mentol biasa sahaja cuma ianya berwarna-warni,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2023-04-04 at 4.10.53 PM (1)
ANTARA kawasan MBMB yang dilengkapi lampu berwarna-warni

Katanya selain itu juga kerja-kerja menaik taraf lampu bewarna-warni di kawasan air terjun MBMB juga serta pokok-pokok di kawasan pentadbirannya sedang dijalankan.

“Kita sedang menaik taraf lampu warna-warni di kawasan air terjun, pada masa sama pokok-pokok di kawasan MBMB seperti di Pengkalan Rama, Peringgit dan Banda Hilir juga kita indahkan lagi dengan cahaya bewarna-warni ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2621
Kongsi :
Previous post Empat perkara wajib dilaksanakan penjawat awam di Melaka – Ab Rauf
Next post Kaki pecah rumah dicekup polis
Ubah saiz-+=