Sorting by

×

Peruntukan lebih RM200,000 atasi banjir DUN Durian Tunggal

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 2 Ogos – Sejumlah RM262,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja pengindahan dan mengatasi bencana banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM92,000 adalah kerja-kerja menaik taraf ban Sungai Garing di Kampung Bukit Tambun.

“Kita juga melaksanakan kerja-kerja menggali Sungai Parit Melana yang menelan belanja sebanyak RM50,000 dan kerja penyelengaraan kolam takungan banjir Durian Tunggal serta yang berkaitan bernilai RM50,000.

“Selain itu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Melaka juga melakukan kerja-kerja pengorekkan kolam takungan banjir di Taman Murai Jaya yang menelan kos RM70,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan Zahari Abd Kalil (BN-Durian Tunggal) pada hari ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Tambahnya, sebanyak RM17 juta telah diperuntukkan bagi Projek Tebatan Banjir (PTB) di kawasan Alor Gajah yang dilaksanakan sejak 16 Ogos 2022 lalu dan dijangka siap pada 15 Oktoboer 2024.

“Setakat ini projek ini sedang giat dilaksanakan dan ianya berada pada tahap 20 peratus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

928
Kongsi :
Previous post Bangunan klinik kesihatan Tanjung Kling dijadikan stor farmasi
Next post Perkenal SOP baharu urus haiwan ternakan berkeliaran
Ubah saiz-+=