PERTUMBUHAN EKONOMI USAHAWAN PMKS MELAKA MENINGKAT

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

REMBIA 29 November – Tahap pertumbuhan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Negeri Melaka bagi 2024 menunjukkan perkembangan positif.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Rizal Nainy berkata perkara bagi tahun ini juga sebanyak 1,279 PMKS Melaka telah memanfaatkan peruntukan RM5.2 juta untuk perniagaan masing-masing.

Katanya, pertumbuhan perniagaan membabitkan PMKS dapat dilihat dalam sektor pelancongan, pembuatan dan pertanian yang juga penyumbang utama kepada ekonomi Negeri Melaka.

“Aktiviti perdagangan di Melaka juga mencatat peningkatan ketara mencapai nilai RM72.9 bilion berbanding RM56 bilion 2021 atau melonjak sekitar 30 peratus dalam tempoh tiga tahun.

“Pertumbuhan ini turut disokong oleh inisiatif bajet yang mesra perniagaan dan penambahan infrastruktur,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Forum Usahawan Muda Malaysia Madani yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi World Youth Foundation, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Rektor UiTM Melaka, Prof. Datuk Ts. Dr.Mohd Rasdi Zaini.

Mengulas lanjut, Rizal berkata usahawan muda di Melaka khususnya perlu mempunyai mentor dan akses kepada jaringan perniagaan atau sokongan komuniti untuk menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi sebarang, sekali gus meneroka peluang baharu.

“Bagi mengatasi cabaran ini, pelbagai program latihan, geran sokongan dan peluang bimbingan sedang diusahakan oleh kerajaan Negeri Melaka dan institusi berkaitan.

“Namun, usahawan muda disarankan agar lebih proaktif mencari sumber, memperluas jaringan dan terus meningkatkan kemahiran untuk memastikan kelangsungan serta kejayaan perniagaan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

175
Kongsi :
Previous post SUKAN MENSEJAHTERAKAN WARGA EMAS
Next post LEBIH BANYAK RUMAH MAMPU MILIK AKAN DIBINA DI MELAKA
Ubah saiz-+=