Pertukaran SUK perkara biasa – Ketua Menteri
SERI NEGERI 6 Jan- Pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dalam masa 24 jam adalah perkara biasa terutama membabitkan penjawat awam, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Beliau menjawab teka-teki berhubung pertukaran SUK terdahulu, Datuk Ts Kamel Mohamad yang berpindah tugas ke Putrajaya berkuatkuasa semalam.
“Tukar SUK itu perkara biasa kerana datang, masuk, pergi dalam setiap jawatan itu (kerana ia) merupakan suatu proses dan tidak ada yang pelik.
“Kalau dia diperlukan dalam satu-satu tempat yang lebih baik, dia pergilah jadi tidak timbul isu kemelut ke apa ke sebab saya sendiri tahu dah lama dia akan berpindah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Post Exco di Bilik Bijasura, pejabatnya di sini, pagi tadi.
Dalam pada itu, Sulaiman turut mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Adly Zahari yang mendakwa pertukaran itu seperti tergesa-gesa dan mengatakan perkara itu melalui proses yang betul.
“Terpulang dia (Adly) nak cakap apa, mungkin zaman dia tidak berlaku, zaman saya berlaku dan saya sendiri sudah tahu lama, sebulan atau tiga bulan lalu.
“Saya sudah tahu kerana itu perkara biasa kepada mana-mana ketua jabatan dan SUK ditukarkan ke satu kementerian yang lebih memerlukan beliau di sana,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.