Sorting by

×

Pertubuhan Kebajikan Amal En Xin, Hotel Hatten agih makanan percuma

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 28 Feb. – Pertubuhan Kebajikan Amal En Xin Negeri Sembilan menyalurkan 220 pek barangan keperluan harian bagi golongan terkesan sepanjang penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

Pengasasnya, Dr. Jacyntha Lo berkata, sumbangan itu diberikan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah, orang susah, ibu tunggal serta orang kelainan upaya (OKU).

DR Jacyntha.

“Kali ini kita memilih Melaka sebagai destinasi untuk menyalurkan bantuan keperluan harian.

“Kos untuk setiap penerima sebanyak RM70 di mana mereka diberikan sekampit beras, mee segera, biskut dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Food Aid Relief di Terminal Pahlawan Estadia Hotel, hari ini.

Katanya, setakat hari ini lebih 1,400 keluarga telah menerima manfaat di bawah program itu termasuk di Kuala Lumpur dan Seremban.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Hatten Worldwide, Datuk Edwin Tan berkata, pihaknya memfokuskan tiga perkara utama di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

PENERIMA sumbangan turut diperiksa suhu badan oleh ahli Persatuan Buddhis Seck Kia Eenh.

“Ia termasuk peluang pekerjaan, komuniti dan persekitaran yang mana turut mendapat kerjasama Muhibbah Food Bank.

“Terima kasih pada Muhibbah Food Bank dan sukarelawan terlibat yang membantu rakyat di Melaka menyumbangkan makanan menerusi Program Food Aid Relief hari ini,” katanya.

Pada program itu, hotel terbabit turut mengagihkan 220 pek makanan kepada golongan memerlukan bernilai keseluruhan RM2,000.

Hadir sama Presiden Persatuan Seck Kia Eenh, Tan Kim See.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

970
Kongsi :
Previous post Kehadiran pelancong di Melaka merosot lebih 70 peratus- Ketua Menteri
Next post Melaka tidak berhasrat beli sendiri vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=