Sorting by

×

Pertemuan pertama 2021 – Sulaiman

Masa Membaca:46 Saat

SERI NEGERI, 6 Jan – Walaupun sesi pertemuan antara Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali merupakan rutin mingguan buat kedua-dua pemimpin tertinggi negeri ini, namun pertemuan hari ini disifatkan simbolik sebagai pertemuan pertama buat tahun 2021.

Sulaiman berkata, menerusi pertemuan tersebut, beliau mengongsikan dengan Tun Mohd Ali mengenai perkembangan baharu dari segi perancangan yang akan direncana oleh kerajaan negeri pada tahun ini.

“Ini adalah pertemuan pertama kami bagi tahun 2021, sekali gus memberi peluang kepada saya untuk berkongsikan perkembangan terbaharu serta perancangan yang sedang dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun ini.

“Terima kasih Tuan Yang Terutama Tun kerana sudi menerima kehadiran saya pada pagi ini,” jelas Sulaiman menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Turut mengiringi Sulaiman dalam perjumpaan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.

Views:

348
Kongsi :
Previous post Maut terkena renjatan elektrik semasa tinjau keadaan banjir
Next post Penafian berita palsu tular 9 pagi, 6 Januari – KKMM
Ubah saiz-+=