Sorting by

×

Pertembungan tiga penjuru tidak untungkan mana-mana parti

Masa Membaca:43 Saat

BANDA HILIR 21 Okt – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pertembungan tiga penjuru tidak memberi keuntungan kepada mana-mana parti atau gabungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Sebaliknya beliau berkata, ia lebih kepada memberi banyak pilihan kepada rakyat dalam menentukan barisan kepimpinan yang akan menerajui kerajaan negeri kelak.

“Tidak semestinya (pertembungan tiga penjuru untungkan Pakatan Harapan). Sama ada pertembungan itu memberi kesan atau tidak, kita sudah tidak boleh elak.

“Pertimbangan paling penting kini adalah rakyat. Rakyat akan tentukan siapa mereka mahu.

“Rakyat juga mempunyai banyak pilihan untuk menentukan masa depan negeri Melaka,” katanya dalam sidang media selepas sesi dialog bersama pemain industri di Melaka, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  berkata, setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai pembahagian kerusi bertanding.

Jelas beliau, perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat.

Views:

365
Kongsi :
Previous post ‘Arwah suka senyum, tidak tegas seperti selalu’
Next post Pelan pemulihan banjir berulang akan segera dibincang – KM
Ubah saiz-+=