
Pertembungan tiga penjuru di DUN Lendu
LENDU 8 Nov- Kerusi N.04 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Pengumuman rasmi calon bertanding itu dibuat Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Haidir Haron di Dewan Kompleks Japerun Lendu, hari ini.
Tiga calon terbabit adalah dari Barisan Nasional (BN) yang merupakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali manakala PN dan PH masing-masing diwakili , Ahli Bersatu, Mejar (B) Abdullah Mahadi dan Ketua Penerangan PKR Melaka, Mohamad Asri Ibrahim.
Kesemua calon mengemukakan borang pencalonan sebelum tempoh satu jam yang diberikan SPR bagi proses penamaan calon.
Proses penamaan calon tamat setelah ketika calon diumumkan Mohd Haidir di pentas dewan tepat jam 9.39 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...
112 ORANG MELAKA DITIPU ‘SCAMMER’, BABIT KERUGIAN RM1.032 JUTA
MACHAP JAYA 15 Mac - Belum cukup tiga bulan sejak tahun 2025 membuka tirai, seramai 112 rakyat Melaka telah menjadi...
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...