PERTEM martabat sejarah Melaka menerusi teater

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Julai – Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) komited meneruskan perjuangannya bagi memartabat sejarah negeri ini menerusi seni teater.

Presiden PERTEM, Lokman Ab Ghani berkata, pihaknya yakin menerusi pementasan ia mampu membantu generasi muda memahami erti sejarah dengan lebih mudah, sekali gus mengangkat industri teater tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.

Jelasnya, pelbagai pementasan berkait dengan sejarah Melaka telah dilaksanakan termasuk pengkisahan pelbagai peribadi yang berkait rapat dalam sejarah Melaka.

“Sebelum ini kita turut berjaya melaksanakan beberapa pementasan untuk menceritakan pengkisahan watak seperti Tun Fatimah dan sebagainya.

“Selepas kejayaan yang diraih dalam pementasan Teater Hikayat Hang Tuah: ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’, kita menjangkakan sebuah lagi pementasan Tun Perak bakal dipersembahkan di negeri ini pada Ogos depan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau yang mesra dikenali sebagai Ayah Lokman berkata, selaku penulis skrip dan pengarah, pementasan kali ini merupakan antara kejayaan terbaik yang dicapainya sejak berkarya dalam industri itu.

Katanya, meskipun berdepan cabaran, termasuk persiapan dalam tempoh sebulan berjaya mengangkat martabat teater itu ke peringkat yang lebih tinggi.

“Cabarannya saya kena mengkaji novel Hikayat Hang Tuah selepas menerimanya pada Mei lalu di mana novel ini menggunakan sastera Melayu klasik dengan 500 halaman.

“Jadi saya perlu menghayati setiap bahasa yang digunakan sebelum dijadikan dalam bentuk dialog dan Alhamdulillah pementasan ini berjaya dikemudikan oleh setiap watak yang dipegang oleh artis ini di mana ia turut dimainkan menggunakan Bahasa Melayu klasik,” katanya.*

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

89
Kongsi :
Previous post ‘Bayar cukai, elak harta disita’
Next post Dua anggota polis cedera, MPV dilanggar orang awam
Ubah saiz-+=