Sorting by

×

PERTANDINGAN REKA MERCU TANDA TAWAR HADIAH UTAMA RM8,000

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 13 November – Orang ramai berpeluang merebut hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM8,000 dengan menyertai Pertandingan Mencipta Mercu Tanda MPHTJ.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron berkata, penganjuran pertandingan itu bertujuan untuk mewujudkan mercu tanda baharu seperti ‘ecobridge’, pintu gerbang atau air terjun buatan sekitar Ayer Keroh.

“Bertemakan ‘Hang Tuah Jaya’, MPHTJ akan memilih satu mercu tanda terbaik yang dihasilkan untuk ditempatkan sekitar Ayer Keroh, kami mahu mewujudkan tarikan baharu buat pelancong dan pelabur, tempatan atau antarabangsa.

“Pertandingan ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mencurahkan idea dan inovasi berdasarkan ilham mereka sendiri. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat, tidak kisah individu atau secara berkumpulan namun tidak melebihi empat ahli,” katanya.

Whatsapp Image 2024 11 12 At 5.35.13 Pm
POSTER Pertandingan Mencipta Mercu Tanda MPHTJ.

Katanya, reka bentuk mercu tanda perlu mempunyai jata Negeri Melaka, logo MPHTJ dan perkataan ‘Hang Tuah Jaya Bandaraya Pintar’.

“Seni binanya mesti mempunyai ciri-ciri tradisional masyarakat Negeri Melaka, moden, identiti pembangunan kawasan MPHTJ dan bercirikan ‘sense of welcoming’.

“Tidak ada bayaran dikenakan dan para peserta boleh menghantar sebanyak dua penyertaan sahaja bagi pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 Disember 2024 (Jumaat) sebelum jam 4.30 petang,” katanya.

Pertandingan itu menawarkan hadiah utama wang tunai berjumlah RM8,000 beserta hamper dan sijil penghargaan, wang tunai RM4,000 beserta hamper dan sijil penghargaan (tempat kedua), tempat ketiga wang tunai RM2,000 beserta hamper serta sijil penghargaan.

Manakala tempat keempat menerima wang tunai RM500 beserta sijil penghargaan, tempat kelima RM400 beserta sijil penghargaan dan RM300 beserta sijil penghargaan bagi tempat keenam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

430
Kongsi :
Previous post JKPD KOMITED BANTU BEKAS PENAGIH BINA KEHIDUPAN BAHARU
Next post 1,000 PEK MAKANAN SAMBUT GENG RXZ KE MELAKA
Ubah saiz-+=