Sorting by

×

Pertandingan memancing di Pantai Puteri Julai ini

Masa Membaca:52 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Februari – Bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) Kerajaan Negeri akan menganjurkan satu lagi pertandingan memancing di Pantai Puteri pada Julai depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata penganjuran pertandingan memancing itu sebagai usaha bagi merancak dan memperkasa sektor pelancongan negeri bersempena TMM2024.

“Pastinya penganjuran pertandingan itu nanti akan menggamit lebih ramai kaki pancing tempatan dan dari luar berhimpun di Melaka.

“Kepada semua pemancing, beramai-ramai datang ke Melaka Julai nanti,” kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Memancing Sungai Melaka dan Memasak Ikan Air Tawar/Sungai 2024 di Dataran Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan timbalannya, Datuk Zaidi Attan; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh dan Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong serta kenamaan lain.

Untuk rekod, Pertandingan Memancing Sungai Melaka 2024 menerima seramai 1,200 penyertaan dari dalam dan luar Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

679
Kongsi :
Previous post 20 Februari: Sektor pelancongan terima pulangan RM6 juta
Next post Dua wanita ditahan halang tugas polis, cetus provokasi
Ubah saiz-+=