Sorting by

×

PERTANDINGAN GOLF PIALA KETUA MENTERI BERLANGSUNG SERENTAK DI EMPAT LOKASI

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 17 November – Pertandingan Golf Piala Ketua Menteri Melaka bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan dianjurkan pada 14 Disember depan secara serentak di empat kelab golf sekitar Negeri ini.

Setiausaha Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM), Mohd Isa Mohd Dom berkata pertandingan tersebut dijangka disertai kira-kira 500 peserta dari dalam dan luar negeri ini.

Katanya, pelbagai hadiah lumayan dan menarik yang ditawarkan termasuk empat buah motosikal serta sebuah kereta sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

“Objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosikan TMM2024 serta menyokong hasrat Kerajaan Negeri mengangkat Melaka sebagai destinasi ‘Golf Tourism’ seterusnya merancakkan sektor pelancongan sukan.

“Empat kelab golf yang akan menjadi lokasi pertandingan adalah Ayer Keroh Country Club, Tiara Golf & Country Club, A’Famosa Golf & Resort dan ORNA Golf & Country Club.

“Kita harapkan pertandingan ini akan diangkat menjadi acara tahunan PGNM di tahun-tahun mendatang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Isa berkata Majlis Perasmian Penutup pertandingan tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Ketua Menteri akan menyempurnakan perasmian pada jam 2.30 petang di MITC Hotel seterusnya menyampaikan hadiah kemenangan kepada peserta,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

458
Kongsi :
Previous post REMAJA LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI JERAM BADOH
Next post 115 ALUMNI ITMCJ’84 BUKIT SIPUT ‘LEPAS RINDU’
Ubah saiz-+=