
Pertambahan dua kluster pendidikan di Melaka
MELAKA 30 Jan – Kluster pendidikan di negeri ini terus mencatatkan peningkatan apabila dua lagi kluster baharu direkodkan hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), dua kluster itu direkodkan di daerah Jasin dengan jumlah keseluruhan sebanyak 68 kes membabitkan guru dan pelajar.
Katanya, dua kluster berkenaan adalah Kluster Chin Chin 2 dan Kluster Jalan Selandar Jasin.
“Kluster Jalan Chin Chin 2 merekodkan keseluruhan kes kumulatif sebanyak 36 kes termasuk 17 kes baharu hari ini.
“Manakala Kluster Jalan Selandar Jasin mencatatkan kes kumulatif 28 kes termasuk tiga yang baharu hari ini,” kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, punca jangkitan masih dalam siasatan namun kemungkinan ia berpunca daripada kes sporadik.
“Jangkitan kepada kes menular dalam kalangan guru dan pelajar kerana pelajar yang bergejala masih bergaul dengan pelajar lain selain ketidakpatuhan prosedur operasi standar (SOP) di kelas serta asrama.
Dalam perkembangan sama, JKN turut memaklumkan jumlah kes baharu direkodkan hari ini adalah sebanyak 396 kes.
Jelasnya, satu kematian turut direkodkan hari ini membabitkan wanita warga emas berusia 63 tahun dari Klebang Kechil, Melaka Tengah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...