PERTAM bakal usahakan ladang jagung manis, rumput napier
BUKIT KATIL 22 Mei – Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) komited dalam menceburi bidang baharu apabila bakal menerokai bidang pertanian yang dilihat berpotensi menjana kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, sebagai permulaan, PERTAM akan mengorak langkah mengusahakan ladang jagung manis dan rumput napier.
Beliau berkata, dua lokasi seluas 100 ekar sudah dikenal pasti pihaknya iaitu di Semujuk, Jasin dan Durian Tunggal, Alor Gajah.
“Tahun ini kita mendapat bantuan kewangan atau geran yang diturunkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM8 juta.
“Insyaallah kita akan membuka ladang jagung manis dan rumput napier yang dianggarkan seluar 100 ekar di lokasi yang dikenal pasti,” katanya.
Menurut beliau, usaha ini dijangka akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada September ini selepas menerima geran yang diluluskan.
“Kita diperingkat akhir untuk menunggu dana ini masuk dan ia akan direalisasikan pada pertengahan atau suku ketiga tahun ini antara Ogos atau September untuk memulakan kerja di tapak,” katanya.
Mengulas lanjut Mohd Ridhwan berkata, pada tahun ini PERTAM mempunyai beberapa perancangan bukan sahaja dalam pembangunan malah turut menceburi sektor-sektor baharu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...
PERKHIDMATAN 80 PEGAWAI SYARAK DI MASJID TANAH DISAMBUNG
KUALA LINGGI 14 Januari - Seramai 80 pegawai syarak di Parlimen Masjid Tanah menerima surat penyambungan tugas bersempena Program Wakil...
MELAKA BINA 323 RUMAH MESRA RAKYAT TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 14 Januari - Sebanyak 323 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di setiap daerah dalam Negeri Melaka...
MELAKA ADAKAN JELAJAH ‘TOWN HALL’ DI SETIAP IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan jelajah 'town hall' di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di...