Persimpangan Taman Nuri ‘sangkut’ banjir
DURIAN TUNGGAL 17 Mei. – Persimpangan Taman Nuri di Durian Tunggal sebentar tadi dinaiki air sehingga menyebabkan hampir kesemua kenderaan yang melalui laluan utama ke Ayer Keroh itu terpaksa berpatah balik.
Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, banjir kilat dipercayai berlaku disebabkan sistem perparitan di kawasan itu gagal menampung kapasiti aliran air hujan sejak awal pagi tadi.
Sejak jam 10 pagi hingga 10.30 pagi tadi, kira-kira 40 kenderaan terpaksa berpatah balik kerana paras banjir terus meningkat.
Melaka Hari Ini kini sedang mendapatkan maklum balas dari pihak berwajib berkenaan isu banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
HADIAH PENAT LELAH WARGA PPSPM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Penat lelah dan kerja keras warga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merancakkan...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...