
Persimpangan Stadium Hang Jebat ditutup mulai 3 Julai
AYER KEROH 28 Jun – Pengguna jalan raya tidak lagi boleh membelok ke kanan atau membuat pusingan U di lampu isyarat persimpangan Stadium Hang Jebat, bermula 3 Julai ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, ia susulan pelaksanaan ‘no right turn’ (tidak dibenar belok ke kanan) di kawasan itu.
Menurut kenyataan tersebut, tempoh percubaan penutupan persimpangan itu akan berlangsung selama sebulan iaitu bermula 3 Julai hingga 3 Ogos 2023.
“Trafik dari arah Ayer Keroh yang hendak ke Stadium Hang Jebat dan kawasan sekitar perlu membuat pusingan ‘U’ di bawah jejambat Cheng.
“Trafik dari kawasan sekitar Stadium Hang Jebat masih boleh membelok ke kiri selain jalan alternatif di Persimpangan Krubong Jaya untuk keluar ke Lebuh SPA dan membuat pusingan ‘U’ di Persimpangan Krubong – Tampoi untuk ke arah Sungai Udang,” kata kenyataan tersebut.
JKR Negeri Melaka turut menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi setiap arahan pada papan tanda yang diletakkan serta merancang perjalanan anda.
“Segala kesulitan amatlah dikesali dan kerjasama anda amatlah dihargai,” tambah kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...