Sorting by

×

Persimpangan Ramuan China Besar-Ayer Molek akan dibuka semula dalam masa terdekat

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER LIMAU 8 Oktober – Penutupan jalan utama kira-kira 1.5 kilometer dari Persimpangan Ramuan China Besar menghala ke Persimpangan Ayer Molek bakal dibuka semula kepada pengguna jalan raya dalam masa terdekat.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, jalan yang ditutup sejak 3 Oktober lalu bagi memberi laluan projek naik taraf pembetungan telah hampir disiapkan dan kini berada pada fasa penurapan semula jalan.

“Projek pembentungan itu telah pun siap dan kita jangka mulai esok (Isnin) ia akan diturap sepenuhnya dan kemudian boleh dibuka kepada pengguna jalan raya.

“Biarpun berlaku sedikit kelewatan kita menjangkakan ia akan dibuka semula selepas projek menurap semula jalan itu dilaksanakan.

“Kita berharap agar pengguna jalan raya terutama penduduk di kawasan terbabit bersabar dan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku bagi memberi laluan menjalankan projek infrastruktur yang dipergiatkan dalam Dun Ayer Limau ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sebelum ini Melaka Hari Ini melaporkan, jalan persekutuan itu ditutup selama tiga hari bermula 3 Oktober bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan pembetung dan longkang serta kerja berkaitan pembaikan jalan.

Bagaimanapun, tempoh masa projek itu terpaksa dilanjutkan atas faktor-faktor tertentu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4703
Kongsi :
Previous post Jerebu: Melaka belum cadang tutup sekolah
Next post 7,793 premis biak Aedes dikompaun
Ubah saiz-+=