Sorting by

×

Persidangan Smart Melaka 2022 fokus enam bidang utama – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

BANDA HILIR 6 Disember – Persidangan Antarabangsa Smart Melaka 2022 (SMIC2022) memfokuskan enam bidang utama bagi menyatukan semua pemain industri digital dan bandar pintar dari seluruh Malaysia.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, enam bidang itu meliputi bandar pintar, teknologi 5G, kecerdasan buatan, internet pelbagai benda, ‘blockchain dan fintech’ dan ‘web 3.0 and metaverse’.

“Persidangan selama dua hari ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami Smart Melaka Blueprint 2035 serta platfrom berkongsi idea, penyelesaian dan rantaian perniagaan.

“Pastinya Melaka menjurus tahun 2035 kita cuba mendepani teknologi-teknologi digital dalam negeri kita yang boleh diintegrasikan sebagai hab digital.

“Melaka negeri yang kecil kita boleh laksanakan secepat mungkin, bukan hanya pemain teknologi yang memerlukan ‘high speed’ seperti teknologi 5G untuk membantu perkembangan bisnes mereka tetapi juga untuk orang awam bagi urusan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan SMIC2022 dan 5G @ Melaka di Hotel Hatten di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri merangkap Pengerusi SMIC2022, Datuk Rais Yasin; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) Dr Nazdiana Ab Wahab dan lain-lain kenamaan.

photo1670308258
Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua dari kanan) berinteraksi dengan robot bernama ‘Pepper 5G’ diiringi Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Negeri Datuk Rais Yasin (kanan) ketika melawat pameran pada Majlis Pelancaran Smart Melaka International Conference 2022 (SMIC2022) di Hotel Hatten, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Katanya, SMIC2022 merupakan pertama kali diadakan di Melaka melibatkan semua pihak berkepentingan dalam wacana terbuka, inklusif dan mengenai cabaran pembangunan bandar pintar.

“Lebih 300 peserta berdaftar termasuk pemimpin perniagaan, usahawan, pelabur, cendekiawan, pelajar dan wakil kerajaan menghadiri persidangan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2207
Kongsi :
Previous post Bangunkan aplikasi ‘Melaka Super Apps’ menuju Melaka Digital – Ab Rauf
Next post Anugerah Graduan Terbaik hadiah istimewa ulang tahun bapa
Ubah saiz-+=