Sorting by

×

Persidangan Ketiga (Bajet) buka tirai

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

FAIZ HASAN,FAZRUL ABD. MAJID, FARAH SUHAIDAH OTHMAN

AYER KEROH 9 Dis. – Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 diadakan di Seri Negeri hari ini bermula tepat jam 9.30 pagi ini.

Persidangan pada awalnya disaksikan dengan ketibaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali pada jam 9.10 pagi disusuli Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri yang tiba di perkarangan pusat pentadbiran kerajaan tersebut dengan penuh kawalan keselamatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Persidangan yang dimulakan dengan bacaan doa daripada Speaker Kerajaan Negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan diikuti ucapan pembukaannya pada sidang tersebut.

Agenda tersebut kemudiannya diikuti pembentangan risalat-risalat di atas meja mesyuarat dibacakan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Persidangan kali ketiga ini kemudiannya diteruskan dengan pembentangan usul yang awalnya dimulakan dengan pertanyaan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Wira Amiruddin Yusof.

Persidangan pada sesi pertama hari ini turut menantikan satu khabar baharu buat rakyat di negeri ini bagi menyaksikan pembentangan Belanjawan Melaka 2021 yang dijadual dibentangkan Ketua Menteri pada jam 11.30 pagi nanti.

Bertemakan “Melaka Rumahku: Merancak Ekonomi, Membahagia Rakyat, Menggamit Dunia”, pembentangan ini dijangka bakal memberi faedah dan manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Melaka.

Views:

735
Kongsi :
Previous post UTeM buka bidaan nombor plat eksklusif
Next post Malaysia perlu ada keupayaan bangunkan vaksin sendiri
Ubah saiz-+=