Sorting by

×

Persiapan SUKMA atlet Melaka 75 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AIR LELEH 20 JUN: Persiapan kontinjen Melaka bagi menghadapi cabaran Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Kuala Lumpur yang berlangsung September ini sudah mencapai lebih kurang 75 peratus.

EXCO Sukan negeri V P Shanmugam berkata, untuk kejohanan yang akan berlangsung pada 29 September hingga 8 Oktober depan, dijangka melibatkan kira-kira 600 atlet akan mewakili Melaka dalam 31 acara sukan dipertandingkan.

Beliau berkata, pada waktu ini senarai atlet berdasarkan senarai sedia ada untuk SUKMA Johor 2020 bagaimanapun senarai akhirnya hanya diketahui menjelang kejohanan itu.

“Untuk persiapan kontinjen, ianya sudah 75 peratus dan latihan juga giat dijalankan oleh atlet yang bertanding.

“Atlet-atlet ini sudah melakukan persiapan dan latihan sejak 2018 dan sudah semestinya amat bersedia untuk memberikan persembahan serta menunjukkan pencapaian terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bendera Sempena Kejohanan Garuda International Cup 2 2022, di SMK Seri Kota.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pendidikan, Karim Tumin dan Pengetua SSN SMK Seri Kota, Abdul Ghaffar Bakar.

Menurut beliau, beberapa sukan akan diberikan tumpuan pada temasya itu nanti antara wushu, silat, badminton, petanque dan renang.

“Kita sasar beberapa sukan untuk menyumbang pingat dan antara yang menjadi prospek utama kita badminton serta renang.

“Malah untuk pingat kita sasarkan 10 peratus lebih tinggi daripada kejohanan sebelum ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1304
Kongsi :
Previous post Pelakon terlibat kes pukul dibebas dengan jaminan polis
Next post Wanita warga asing curi barang kemas majikan RM15,000 ditahan polis
Ubah saiz-+=