Persiapan Ramadan berbeza lepas pemergian suami, utamakan anak-anak

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER MOLEK 10 April – “Sebelum ini arwah suami yang sediakan semuanya namun tahun ini sudah pasti semuanya berbeza dan terasa lainnya buat saya dan anak-anak.

“Namun begitu untuk tahun ini saya cuba sediakan apa yang termampu walaupun Ramadan dan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba nanti tidak lagi semeriah sebelum ini,” itu kata Siti Nor Hanim Zakaria, 38, yang kehilangan suami baru-baru ini akibat disengat tebuan.

Menurutnya, kehilangan suaminya pada penghujung Mac lalu secara tiba-tiba mengejutkan dia serta dua anaknya yang berusia 12 dan 14 tahun, kerana sebelum itu suaminya berada dalam keadaan sihat.

“Arwah suami seorang yang sihat, tiba-tiba sahaja arwah pergi tinggalkan kami sudah pasti mengejutkan kami.

“Ketika keluar bekerja hari kejadian dia seperti biasa sahaja sehinggalah mendapat perkhabaran dia disengat tebuan ketika bekerja.

“Sekarang ini tugas dan tanggungjawab yang sebelum ini arwah suami lakukan, saya ambil alih selain kini saya turut membuat kuih-muih dan hantar ke kedai sebagai punca pendapatan,” katanya.

ADUN Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Adam Mukhriz Roslan.

Menurutnya, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Persatuan Warisan Anak Jawa (PERWAJA) Paya Dalam kerana memilih anaknya sebagai seorang daripada penerima bantuan sumbangan.

“Alhamdulillah, dengan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan membantu persiapan raya buat anak.

“Persiapan ada dibuat tetapi anak-anak paling utama walaupun tidak semeriah dulu,” katanya.

Terdahulu, penyampaian sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

768
Kongsi :
Previous post COVID: Kes sembuh lebih tinggi berbanding kes baharu semalam
Next post Penjenamaan Perzim berkonsepkan ekopelancongan
Ubah saiz-+=