Persiapan KIAM ’23 giat dijalankan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PAYA RUMPUT 25 Disember – Persiapan dan persediaan penganjuran Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM ’23) yang akan berlangsung pada Khamis ini giat dijalankan.

Perkarangan Stadium Hang Jebat yang menjadi lokasi karnival selama lima hari sehingga 1 Januari itu mula sibuk dengan kontraktor yang menjalankan persiapan.

Tinjauan Melaka Hari Ini ke tapak karnival mendapati kontraktor yang dilantik mula menjalankan persiapan awal dengan memasukkan perkakas seperti kerusi plastik dan kipas.

Malah kerja pemasangan rangka khemah giat dijalankan begitu juga dengan pentas utama yang akan menjadi tumpuan sepanjang KIAM ’23 berlangsung.

Whatsapp Image 2023 12 25 At 7.01.28 Pm
PERSIAPAN di lokasi penganjuran Bandaraya Melaka Berselawat 2023 turut berlangsun

Turut kelihatan kontraktor pembersihan yang menjalankan kerja-kerja kutipan sampah dikawasan sekitar .

Persiapan turut membabitkan dalam Stadium Hang Jebat yang akan menjadi lokasi penganjuran Bandaraya Melaka Berselawat 2023.

Terdahulu, semalam Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hadir ke tapak penganjuran bagi meninjau persiapan yang dijalankan.

Turut mengiringi beliau, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2135
Kongsi :
Previous post Polis tahan 201 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1.5 juta
Next post Pengantin ditipu jurusaji, rugi lebih RM13,000
Ubah saiz-+=