Sorting by

×

Persiapan kembali ke sekolah di Melaka ‘hambar’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 8 Jan – Meskipun sesi persekolahan 2022 berbaki tidak sampai 48 jam sahaja lagi, namun kehangatan persiapan tidak semeriah sebelum ini.

Tiada lagi kelibat ibu bapa dan anak-anak yang berpusu-pusu di premis menjual kelengkapan dan pakaian sekolah.

Tinjauan di beberapa premis tumpuan ibu bapa sebelum ini kelihatan lengang dan tidak seperti tahun sebelumnya yang menyaksikan ada sahaja gelagat anak-anak sedang mencuba baju mahupun kasut.

Suasana lengang di kawasan jualan pakaian seragam sekolah ketika tinjauan di sebuah pasar raya di Bandar Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ibu kepada empat anak Anizawati Mustaffa, 41, berkata, tiada persiapan persekolahan dibuatnya walaupun sesi persekolah akan bermula pada Isnin ini.

Katanya, ia kerana kelengkapan persekolah anak-anaknya yang berusia 13 hingga 19 tahun termasuk kasut serta baju masih baharu dan boleh dipakai.

“Jika sebelum ini, dua minggu sebelum sekolah dibuka saya sudah sibuk membuat persiapan tetapi untuk kali ini tiada.

“Kelengkapan sekolah masih elok dan baharu. Tahun lepas sesi persekolah pun tidak lama kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Terdahulu, Exco Pendidikan Negeri Datuk Rais Yasin memaklumkan seramai 150,405 pelajar di negeri ini akan kembali mengikuti sesi persekolahan secara fizikal pada Isnin.

Jumlah itu membabitkan sebanyak 226 sekolah rendah dan 74 sekolah menengah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1132
Kongsi :
Previous post Banjir di Alor Gajah pulih sepenuhnya
Next post Permintaan air tinggi punca gangguan bekalan di 55 kawasan – SAMB
Ubah saiz-+=