PERSEMBAHAN BUDAYA DI EMPAT LOKASI HUJUNG MINGGU INI

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Oktober – Orang ramai berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan pelbagai negara luar di empat lokasi pelancongan Melaka sepanjang Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa 2024 pada hujung minggu ini.

Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA) Drs. Mohd. Nasruddin Rahman berkata empat lokasi terbabit adalah di Victoria Fountain; Menara Taming Sari; Muzium Rakyat dan Dataran Pahlawan.

Katanya, setiap lokasi akan melibatkan kumpulan-kumpulan penari mewakili negeri dan negara tertentu mengikut jadual yang ditetapkan.

“Sebenarnya tarian kebudayaan ini kita sudah mulakan sejak 22 Oktober lepas dan akan berlangsung sehingga 27 Oktober ini.

“Pada 25 hingga 27 Oktober di empat lokasi terbabit akan membabitkan tarian kebudayaan daripada penari dalam negara seperti negeri Selangor, Sabah dan Sarawak.

“Manakala penari luar negara membabitkan kumpulan penari dan pemuzik daripada Uzbekistan, Tanjung Pinang, Bengkalis, Korea Selatan, Filipina dan Thailand bermula jam 11 pagi; 12 tengah hari, 2.30 petang, 3.30 petang, 4.30 petang dan 5 petang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pada festival tersebut secara keseluruhan membabitkan seramai 180 penari dan pemuzik yang dianjurkan bersempena International Cultural & Arts Festival 2024@Sungai Melaka (ICAF2024).

Festival tersebut dianjurkan INSWA dengan kerjasama Melaka World Heritage Sdn Bhd, Tourism Melaka, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan International Council Of Organizations Of Folklore Festivals And Folk Art (CIOFF) Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

81
Kongsi :
Previous post KKDW LULUS PEMBINAAN JALAN BAHARU AYER MOLEK-KUALA LINGGI
Next post MELAKA RIVER CRUISE PROMOSI WTD 2025
Ubah saiz-+=