Sorting by

×

Perpustakaan keluarga cetus amalan membaca

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BUKIT BARU 19 Mei – Mahu meluangkan masa dan melakukan aktiviti berkualiti bersama keluarga mendorong Zulhashari Salleh, 52, mengubahsuai bilik tidur di kediamannya di Taman Pandan Indah, menjadi sebuah perpustakaan mini.

Zulhashariberkata, idea itu timbul berikutan dia dan keluarga kebosanan terperap di rumah bagi tempoh yang panjang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Bukan sekadar menyimpan bahan bacaan, perpustakaan mini keluarga Zulhashari, dikendalikan secara profesional iaitu dengan mengamalkan sistem rekod, menjilid dan mengkod buku yang sistematik.

photo1684408961 (1)
SUSUNAN buku yang teratur dan sistematik selain dekorasi yang kreatif perpustakaan keluarga Zulhashari berjaya merangkul Johan Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2022 Kategori Rumah Taman.

“Kami anak-beranak ambil masa empat bulan untuk siapkan perpustakaan itu agar lebih selesa, menarik dan memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran.

“Selain itu kami turut mendapatkan bantuan daripada Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri Melaka (Perpustam) untuk menguruskan gedung ilmu kami secara profesional,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu Zulhasri diumumkan sebagai Johan Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2022 Kategori Rumah Taman pada Majlis Perasmian Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Perpustam, Bukit Baru, di sini, semalam.

photo1684409208

RUANG bacaan yang dihiasi Zulhashari (kanan) bersama isteri Saffanah (kiri) yang merangkul Johan Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2022 Ketegori Rumah Taman.

Sementara itu, isterinya, Saffanah Mahadami, 48, berkata, keluarganya mula mengambil bahagian dalam pertandingan itu sejak 2019 lagi, namun mereka sekadar menjadi naib juara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1790
Kongsi :
Previous post Subsidi minyak masak: Peniaga kecil disaran daftar perniagaan – Fuziah
Next post 50 artis berkampung jayakan Starvendors Foodstival Melaka 2023 
Ubah saiz-+=