Sorting by

×

Perodua Axia AV tanda MBMB hargai pembayar cukai

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 9 Disember – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan pelbagai jenis hadiah yang keseluruhan bernilai RM210,000 bagi penganjuran cabutan bertuah untuk menghargai individu atau syarikat melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata cabutan dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembayar cukai secara dalam talian dan manual.

“Hadiah utama kategori dalam talian adalah Perodua Axia AV bernilai RM50,000. Sementara itu hadiah utama bagi kategori manual pula mesin basuh berjenama.

“Kategori dalam talian turut membabitkan cabutan empat unit motosikal, manakala kategori manual lebih kepada barangan elektrik dan perkakas rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBMB 2023 yang dirasmikan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin di Graha Makmur, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Ahli Majlis MBMB, Abd Razak Abu.

“Memang benar hadiah kategori dalam talian lebih menarik, ini adalah strategi kami untuk menggalakkan lebih ramai pembayar cukai menunaikan tanggungjawab menggunakan medium atau platform digital.

“Urusan dalam talian lebih mudah, tidak lagi perlu ke kaunter MBMB di Graha Makmur untuk bayar cukai,” kata beliau.

Bagi memudahkan urusan pembayaran cukai, MBMB turut menyediakan perkhidmatan kaunter luar di Japerun, balai raya dan lokasi tertentu di taman perumahan dalam kawasan pentadbirannya setiap Sabtu serta Ahad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1534
Kongsi :
Previous post Melaka anjur 113 program kesedaran cegah jenayah ‘scammer’
Next post JPJ sedia pelbagai kemudahan pada program Setahun Bersama Kerajaan Madani
Ubah saiz-+=