
Permohonan pengampunan diraja Najib tidak pernah dibincang di Kabinet – Loke
PUTRAJAYA, 10 April – Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kerana ia bukan urusan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
“Isu pengampunan itu ialah pendirian UMNO sebagai parti politik,” katanya menjawab soalan dalam sidang media di sini hari ini.
Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sesiapa sahaja selepas disabitkan kesalahan boleh memohon pengampunan dan ia merupakan proses biasa.
“Proses itu adil kepada semua pihak. Siapa-siapa sahaja boleh mohon pengampunan tapi sama ada itu dibenarkan atau tidak terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Untuk kita, kita menaruh kepercayaan kepada proses itu dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan yang terbaik,” katanya.
Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Pada 31 Mac lepas, Najib gagal memperoleh kebenaran menyemak hukuman dan sabitan itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...