
Permohonan jawatan tetap pegawai pergigian, farmasi lantikan kontrak 2017, 2017 dibuka
KUALA LUMPUR, 27 Jan – Pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak bagi 2016 dan 2017 boleh memohon jawatan tetap melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Jan hingga 12 Feb ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses itu susulan urusan pengambilan jawatan tetap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan 2018 hingga 2020 yang telah dibuka menerusi Sistem SPA9 dari 6 hingga 21 Jan lepas.
“Seramai 242 pegawai pergigian dan 321 pegawai farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan tetap yang ditawarkan.
“Pegawai lantikan kontrak yang berkenaan disarankan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk berdaftar atau mengemas kini maklumat permohonan dalam sistem SPA9,” menurut kenyataan itu.
KKM turut berharap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAKEJ GAMBAR RAYA ‘RAHMAH’ DI JAPERUN DUYONG
DUYONG 31 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menawarkan pakej Rahmah 'Gambar Raya Duyong Kita' serendah RM69 sempena Hari...
AIDILFITRI ‘PENGIKAT’ SILATURAHIM
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja meraikan kemenangan umat Islam selepas berpuasa sepanjang Ramadan, bahkan menjadi...
KETUA MENTERI SOLAT SUNAT AIDILFITRI BERSAMA LEBIH 500 PENDUDUK KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 31 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 500...
TYT BERSAMA 10,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 31 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI ESOK
KUALA LUMPUR 30 Mac - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar...
TYT, KM HADIR CERAPAN HILAL SYAWAL
TANJUNG BIDARA 30 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hadir ke Majlis Cerapan...