Sorting by

×

Permohonan IPTA, ILKA bagi sesi akademik 2021/2020 dikecualikan bayaran UPUOnline

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KUALA LUMPUR 9 Mac. – Individu yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 tidak akan dikenakan bayaran proses UPUOnline.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata perkara itu diputuskan selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran bagi proses permohonan dalam talian itu.

“Untuk makluman, bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan nombor unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.

KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, KPT berkata melalui pengecualian ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

Tempoh permohonan bermula dari 4 Januari hingga 31 Mac bagi semua kategori pemohon iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), matrikulasi, dan diploma atau setaraf.

Bagi tarikh pemilihan program pengajian pula adalah dari 21 hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, manakala lepasan STPM, Asasi, STAM dari 16 hingga 31 Mac, lepasan matrikulasi (23 hingga 31 Mac), serta lepasan diploma atau setaraf (9 hingga 31 Mac).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

853
Kongsi :
Previous post COVID-19 : 517 individu ditahan langgar SOP
Next post Lawatan Muhyiddin lonjak hubungan Riyadh-KL ke tahap lebih kukuh
Ubah saiz-+=