Sorting by

×

PERMOHONAN BAZAR AIDILFITRI MEGA BANDA HILIR MENGGALAKKAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 29 Disember – Permohonan daripada peniaga berminat untuk menyertai Bazar Aidilfitri Mega Bandar Hilir, diterima Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) amat menggalakkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bazar Aidilfitri itu adalah bazar baharu menggantikan Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah.

Katanya, penganjuran bazar di Jalan Kota itu, sekali gus menjadi produk tarikan baharu kepada pelancong sepanjang Ramadan akan  datang.

“MBMB menyediakan sehingga 230 tapak dan setakat ini sambutan sangat menggalakkan dengan hampir 90 peratus permohonan telah diterima daripada peniaga.

“Jalan hadapan A’ Famosa sehingga ke Bangunan Merah Stadthuys akan dijadikan tapak bazar Aidilfitri buat pertama kali pada tahun 2025 bertujuan menggamit lebih ramai pengunjung ke negeri ini

“Pengunjung berpeluang membeli persiapan Aidilfitri dalam susana lebih selesa kerana di sini semuanya lengkap termasuk petak tempat meletakkan kenderaan.

“Kita juga akan meminta Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka muzium-muzium sekitar sepanjang Ramadan nanti,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Festival Masakan Warisan 2024 anjuran PERZIM di Jalan Kota di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Timbalannya, Datuk Zaidi Attan dan Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

41
Kongsi :
Previous post FESTIVAL MASAKAN WARISAN AKAN DIPERLUAS KE PERINGKAT SEKOLAH
Next post OP KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ KELUAR 5,306 NOTIS KESALAHAN BAGI TEMPOH LIMA HARI
Ubah saiz-+=